KENYATAAN MEDIA MARA PATANI

KENYATAAN MEDIA MARA PATANI

Merujuk kepada lapuran media Thai berhubung dengan “kegagalan” rundingan damai di Kuala Lumpur pada 12 September 2017 semasa kedua-dua pasukan teknikal bertemu. Saya ingin menegaskan bahawa dialog damai masih lagi berterusan  dan kedua-dua pihak dijangka akan  bertemu lagi pada hujung bulan ini. Isu ini sengaja diperbesar-besarkan  untuk memburukkan proses damai.
Dakwaan bahawa pihak MARA Patani  tidak bersedia untuk melaksanakan ZON SELAMAT (ZS) adalah tidak berasas kerana kedua belah pihak  mesti komited dan bersedia sepenuhnya. Ketika ini terdapat beberapa  butiran lanjut berkenaan isu ZS , terutamanya dari pihak Thai, belum lagi  diperakui  secara jelas. Lebih banyak  perbincangan dan penjelasan diperlukan. Dengan demikian perlaksanaannya   menjadi tertangguh
Mesyuarat  pada 12 September dipendekkan  atas sebab  perselisihan teknikal. Perkara sebegini pernah berlaku. Pada perjumpaan 27  April 2016 mesyuarat juga telah dipendekkan kerana pihak Thai belum bersedia untuk mengesahkan  Terma Rujukan (TOR) yang dirangka dan dipersetujui bersama oleh pasukan teknikal. Oleh itu  agenda ZS tidak dibincangkan. Situasi begitu adalah lumrah di dalam proses damai dimana rakan dialog berbeza pendapat. Pendekatan yang betul ialah mengadakan dialog berterusan  bukan lari daripadanya.
MARA Patani sekali lagi menegaskan komimen dan kesediannya untuk melaksanakan ZS setelah semua isu terperinci berhubung dengan Kerangka Umum untuk Zon Selamat ditangani secara memuaskan.
Abu Hafez Al-Hakim – untuk MARA Patani
18 September 2017
BERITA YANG LAIN
Please follow and like us:

About author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *