KENYATAAN MEDIA : perkembangan terkini di Daerah Nong Chik

KENYATAAN MEDIA : perkembangan terkini di Daerah Nong Chik

MARA Patani sangat bimbang terhadap perkembangan terkini di Daerah Nong Chik, Wilayah Pattani. Berikutan insiden kematian dua orang askar ranger di dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan bersenjata yang tidak dikenali pada 12 September 2018, seramai seribu orang anggota keselamatan telah mempertingkatkan usaha memburu pelakunya.

Pihak tentera telah menguatkuasakan Undang-undang Tentera yang zalim dan ditandatangani oleh Panglimanya, Lt. General Piyatwat Nakwanich. Ia disusuli dengan tangkapan sewenang-wenang dan tindak balas melibatkan ramai orang awam yang tidak bersalah. Panglima tersebut juga secara peribadi telah menakut-nakutkan orang awam dengan ugutan hendak menangkap ahli keluarga suspek sebagai hukuman terhadap kejadian itu.

Undang-undang Tentera juga menghendaki penduduk di daerah tersebut melapurkan diri kepada pihak berkuasa , menyerahkan senjata dan kenderaan, termasuk perahu nelayan, untuk diperiksa. Ia menimbulkan ketakutan dan kesusahan kepada penduduk serta menjejaskan kehidupan mereka seharian di dalam daerah yang sudah tersedia bergolak.

MARA Patani dengan sekeras-kerasnya mengutuk Tentera Bahagian Empat di atas pelanggaran Hukum Kemanusiaan Antarabangsa dan menyeru badan-badan antarabangsa mencampurtangan serta menyiasat tindakan menyalahi hukum ini termasuk menarik balik Undang-undang Tentera dengan segera.

Abu Hafez Al- Hakim untuk MARA Patani    19 September 2018

 

MEDIA STATEMENT

MARA Patani is deeply concerned of the latest development in the Nong Chik District of Pattani Province. Following the death of two rangers in an ambush by an unidentified armed group in the district on 12 September 2018, the army has stepped up the manhunt operation for the perpetrators involving one thousand security personnel .

The Army imposed the draconian Martial Law signed by the Fourth Army Commander , Lt. General Piyawat Nakwanich , followed by indiscriminate arrests and reprisals that involved many innocent civilians. The Commander also personally intimidated the public by threatening to arrest the family members of the suspects as a punishment for the alleged crime.

The Martial Law also requires the residents of the district to report to the authorities , hand over any weapons and vehicles, including fishing boats, for inspection, an exercise that causes much fear and hardship for them and affects their daily lives in an already troubled district.

MARA Patani strongly condemns the Fourth Regional Army for the violation of the International Humanitarian Law and call upon the international bodies to intervene and investigate these unlawful actions and to lift up the Martial Law immediately.

Abu Hafez Al-Hakim for MARA Patani   19 September 2018

Please follow and like us:

About author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *